PERDA BINA 2026: Membina Keyakinan, Menyerlah Potensi Diri

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
15 November 2026    |    Balik Pulau

Program PERDA BINA 2026: Bimbingan Insan, Nilai dan Aspirasi telah berlangsung pada 13 hingga 15 November 2026 di White Resort Camp, Balik Pulau, dengan pengisian berfokuskan pembangunan sahsiah, keyakinan diri dan kepimpinan pelajar.

Sepanjang tiga hari dua malam, peserta mengikuti aktiviti berkumpulan, cabaran luar serta slot penerokaan bakat dan potensi diri bagi memupuk keberanian, disiplin dan semangat kerjasama.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA. Menariknya, pengendalian majlis turut memberi ruang kepada pelajar menyerlahkan bakat kepimpinan menerusi peranan Nur Fawwah Najihah binti Mohamad Rosli dari SK Seri Bayu sebagai pengacara majlis dan Muhammad Anas Luqman bin Mohd Yusri dari SK To’ Bedor sebagai pembaca doa.

Pengiktirafan Pelajar Lelaki Terbaik diberikan kepada Nik Aiman Aminuddin bin Nik Suffian dari SK Teluk Kumbar, manakala Pelajar Perempuan Terbaik disandang oleh Nur Jannah Umairah binti Muhamad Saifullah dari SK Telok Bahang.

Tahniah kepada semua peserta! Semoga pengalaman melalui PERDA BINA 2026 menjadi bekalan untuk terus membina keyakinan, mengembangkan potensi dan membawa nilai positif kepada sekolah serta komuniti.


GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.