PERDA-TECH Anjur CIPTA ’26, Tonjol Kreativiti dan Inovasi Pelajar

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
19 November 2026    |    Nibong Tebal

Jabatan Multimedia Kreatif, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) telah menganjurkan program CIPTA '26 (Creative Innovation, Projects & Talent Assessment 2026) bertemakan "where ideas become possibilities" pada hari ini di Dewan Utama, PERDA-TECH.

Program ini menghimpunkan pelajar daripada program Multimedia Kreatif serta Diploma Teknologi Rekabentuk Produk sebagai platform untuk menonjolkan kreativiti, pembangunan projek dan penilaian bakat mereka.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Rohaimi Othman, Pengarah PERDA-TECH. Selain pameran dan penilaian projek, program ini turut menampilkan sesi Industry Talk.

Bagi memastikan penilaian yang menyeluruh terhadap hasil karya dan bakat yang ditampilkan, pihak penganjur turut melantik barisan Juri Khas Penilaian yang terdiri daripada tokoh akademik dan penggiat industri iaitu:-

  1. Dr. Muhammad Hasnulhadi Bin Mohammad Jaafar, Pensyarah Kanan, Reka Bentuk Produk, UniMAP.

  2. Ts. Raja Mukhriz Bin R. Ahmad Kamaruddin, Director of Operations, Elevenfield Creative Sdn Bhd.


GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.