17 November 2026 | Butterworth
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus komited memperkukuh agenda pembangunan ekonomi wilayah menerusi penerokaan peluang kerjasama strategik bersama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC).
Kunjungan hormat daripada pihak DDEC yang diketuai oleh Puan Wan Mohalina Wan Mohammad, Ketua Pegawai Eksekutif DDEC, telah disambut oleh Puan Noorhayati Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.
Kunjungan ini bertujuan meneroka potensi jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam memperkasa usahawan tempatan menerusi kepakaran DDEC dalam industri kreatif, pembangunan jenama, inovasi reka bentuk pembungkusan, pengiklanan digital serta peningkatan nilai pasaran produk.
Antara fokus utama kerjasama yang dicadangkan termasuklah:
- Pembangunan identiti dan strategi jenama produk usahawan.
- Inovasi reka bentuk pembungkusan yang lestari dan berdaya saing.
- Transformasi produk mentah kepada produk siap bernilai tambah dan bertaraf premium.
- Program latihan serta pembangunan kapasiti usahawan.
Penganjuran acara dan ekspo bagi memperluas akses pasaran domestik dan antarabangsa.
Usaha ini merupakan satu peluang untuk menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam memperkasa ekosistem keusahawanan, meningkatkan daya saing produk tempatan serta membuka peluang pasaran yang lebih luas.
PERDA komited meneroka sinergi strategik bersama pelbagai pihak demi melahirkan usahawan yang inovatif, berdaya saing dan berpotensi menembusi pasaran lebih besar.
MEREALISASIKAN HARAPAN RAKYAT
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas






