PERDA ROBO-SUMO CHALLENGE 2026: Arena Pertarungan Robotik Cungkil Bakat Inovator Muda

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
19 November 2026    |    PCC Midtown PERDA

Strategi diuji, kreativiti dicabar, kehebatan teknologi dipertaruhkan!

PERDA Robotic Challenge 2026 yang mengetengahkan tema PERDA Robo-Sumo Challenge telah berlangsung dengan penuh aksi dan semangat persaingan apabila pasukan robotik sekolah rendah dan menengah berentap bagi merebut gelaran juara.

Pertandingan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ini menghimpunkan 96 pasukan daripada 72 buah sekolah, melibatkan 64 pasukan sekolah rendah dan 32 pasukan sekolah menengah, dengan penyertaan keseluruhan seramai 384 peserta dan guru pengiring.

Menggunakan set robotik LEGO SPIKE Prime, pertandingan yang dilaksanakan secara liga kumpulan ini bukan sahaja menguji keupayaan teknikal peserta, malah menuntut ketajaman strategi, kreativiti, pemikiran kritis dan semangat kerja berpasukan.

HADIAH KESELURUHAN BERNILAI RM16,700!

Sebanyak RM10,500 hadiah wang tunai serta RM6,200 dalam bentuk set robotik pendidikan ditawarkan kepada para pemenang.

Lebih istimewa, pasukan Johan bagi kedua-dua kategori masing-masing membawa pulang set robotik Matrix MissionGO (MA321) bernilai RM2,200, manakala pasukan Naib Johan dan Tempat Ketiga menerima set LEGO Education StoryStarter bernilai RM450 setiap satu sebagai galakan untuk terus mengembangkan bakat dan kemahiran dalam bidang robotik.

SENARAI PEMENANG RASMI

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

JOHAN
SK Machang Bubok (W53)
RM800 + Set Robotik Matrix MissionGO (MA321) bernilai RM2,200

NAIB JOHAN
SK Telok Ayer Tawar (W58)
RM700 + Set LEGO Education StoryStarter bernilai RM450

TEMPAT KETIGA
SK Ara Rendang (W3)
RM600 + Set LEGO Education StoryStarter bernilai RM450

Tempat Keempat – SK Telok Kumbar (W40) | RM500
Tempat Kelima – SK Pulau Aman (W51) | RM450
Tempat Keenam – SK Machang Bubok (W64) | RM350
Tempat Ketujuh – SK Bkt Indera Muda (W44) | RM250
Tempat Kelapan – SK Tan Sri Awang Had Salleh (W47) | RM200
Tempat Kesembilan – SK Pulau Aman (W18) | RM150
Tempat Kesepuluh – SK Ara Rendang (W22) | RM100

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

JOHAN
SMK Permatang Pasir (W26)
RM800 + Set Robotik Matrix MissionGO (MA321) bernilai RM2,200

NAIB JOHAN
SMK Permatang Pasir (W24)
RM700 + Set LEGO Education StoryStarter bernilai RM450

TEMPAT KETIGA
SMK Kepala Batas (W15)
RM600 + Set LEGO Education StoryStarter bernilai RM450

Tempat Keempat – SMK Permatang Rawa (W18) | RM500
Tempat Kelima – SMK Dato' Haji Hassan Noh (W22) | RM450
Tempat Keenam – SMK Sri Muda (W3) | RM350

ANUGERAH KHAS ROBOTIK

Kategori Sekolah Rendah

Arena Conqueror Award
SK Sungai Dua (W35) | RM500

Tactical Strike Award
SK Kuala Perai (W6) | RM500

Engineering Edge Award
SK Permatang Tok Jaya (W58) | RM500

Kategori Sekolah Menengah

Arena Conqueror Award
SMK Telok Air Tawar (W14) | RM500

Tactical Strike Award
SMK Bertam (W6) | RM500

Engineering Edge Award
SMK Simpang Empat (W10) | RM500

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEMENANG!

PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, guru pembimbing, pihak sekolah serta rakan kerjasama yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan pertandingan ini.

Lebih daripada sekadar merebut kemenangan, pertandingan ini menjadi platform penting dalam memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam kalangan pelajar luar bandar.

Penganjuran ini turut mencerminkan komitmen berterusan PERDA dalam menyediakan peluang pembelajaran berasaskan teknologi, sekali gus menggalakkan penerokaan ilmu robotik, inovasi dan kemahiran penyelesaian masalah sejak di bangku sekolah.

Hari ini mereka membina robot, esok mereka mencipta teknologi masa depan!
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.