21 November 2026 | Terong, Perak
Bengkel Pemantapan Usahawan Program Mentor Mentee Usahawan (MMU) dan Majlis Penutup MMU Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 hingga 21 November 2026 bertempat di Belantara Resort, Terong, Perak.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun serta Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA, Encik Mohamad Hazahari bin Md Haris. Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri turut menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Mentor Mentee Usahawan (MMU) Tahun 2026.
Program MMU merupakan salah satu inisiatif PERDA dalam membuka peluang kepada masyarakat Pulau Pinang untuk menjana pendapatan tambahan melalui bidang keusahawanan.
Inisiatif ini khususnya menyasarkan golongan usahawan baharu yang mempunyai minat, kecenderungan, dan kesungguhan untuk menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.
Bengkel yang diadakan ini melibatkan para mentee daripada tiga bidang keusahawanan, iaitu Servis Motosikal, Car Wash & Detailing, serta Manicure & Pedicure.
Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kemahiran, serta memantapkan keupayaan para mentee dalam mengurus dan mengembangkan perniagaan masing-masing.
Diharapkan melalui pelaksanaan Program MMU ini, para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan bimbingan yang diberikan bagi meningkatkan daya saing serta membina perniagaan yang lebih berdaya maju dan mampan.
PERDA sentiasa komited memperkasa usahawan tempatan ke arah melahirkan komuniti usahawan yang berdaya saing, berpendapatan mampan, dan berjaya.
PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas




























