PERDA Sertai Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026: Reruai Usahawan Bimbingan Terima Kunjungan Yang Mulia Toh Puan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
21 November 2026    |    George Town

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menyertai Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 dengan menghantar penyertaan para usahawan bimbingan untuk mengadakan pameran bertempat di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Majlis penuh bermakna tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah. Dalam majlis berkenaan, Yang Mulia Toh Puan turut berkesempatan meluangkan masa melawat reruai pameran usahawan bimbingan PERDA bagi melihat sendiri produk tempatan yang diketengahkan.

Penganjuran sambutan ini merupakan satu bentuk penghargaan tertinggi terhadap golongan warga emas yang telah banyak menabur jasa serta sumbangan dalam membentuk masyarakat dan memacu pembangunan negeri. Segala pengalaman, kematangan serta nilai kehidupan yang dimiliki oleh golongan ini wajar terus dihormati dan dijadikan teladan oleh generasi muda.
Penglibatan PERDA menerusi penyertaan reruai usahawan ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam menyokong program kemasyarakatan di peringkat negeri, sekali gus membuka ruang promosi dan memperluas jaringan pasaran kepada para usahawan tempatan.

PERDA – Merealisasikan Harapan Rakyat.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2026

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.