27 November 2026 | The Light Hotel, Seberang Jaya
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan As-Sahabah Urus Zakat Sdn. Bhd. (Zakat MAINPP) telah memeterai Memorandum Persefahaman pada 27 November 2026 bagi pelaksanaan Program TVET Asnaf Pulau Pinang dalam bidang Automotif.
Melalui kerjasama strategik ini, seramai 10 orang pelajar asnaf yang terpilih akan mengikuti latihan kemahiran automotif selama 6 bulan di PERDA-TECH, dengan nilai tambah pembelajaran Kenderaan Elektrik (EV) BYD QIN Basic.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kebolehpasaran peserta selaras dengan keperluan industri automotif semasa, serta menyediakan peluang penempatan pekerjaan (job placement) kepada peserta, sekali gus menyokong pembangunan sosioekonomi golongan asnaf di Negeri Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR


Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas








